04 Mac 2009

Story Mak Cik DaTanG DaRi KamPunG

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpuruntuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situdan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepadaorang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Olehkerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotelmewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorangpelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayanitu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minahmelihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah laluberkata kepada pelayan tersebut."Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung,tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagisaya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari,apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan naktipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebutkononnya untuk menutup malu pada Bibah.Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

1 komen:

Eja Kamel berkata...

pastu makcik minah jwb ape? mest die jwb...
'saya tau la..saya saje je marah2 awk sbb saya dah malu dah nih...'

hahahaha