20 Ogos 2009

Show Lucky laki - superman anak2 Dewa.

aku peminat anak-anak dewa heee...bulan 10 aku akan pergi kemedan,aku g sana dengan kawan2 biasa lah jumpa kawan2 disana sambil2 jalan2 cari makan, nasib baik murah nak g medan, dari Medan ke KL baru je RM75 + cas lagi agak2 100 lebih kot biasa lah first time nak naik fly hee..kita cte pulak pasal anak2 dewa ni, Member ckp dia ada bt show kat jokjakarta tu lah aku nak pergi sambil2 jalan.. x sabar pulak tunggu bulan 10 ni ..

Sesiapa nak ikut jom lah ...aku suka lagu anak2 dewa ni aku lucky laki bertajuk superman mcm budak2 lah aku ni ye..heee.. aku suka lagu ni teringat balik pasal aruah ayah aku marah aku biasa lah time kecik2 dulu skrg dah besar x ada siapa nak marah aku.ayah dah x ada tinggal ibu yg aku sygi.sedih lah pulak heee ...

17 Ogos 2009

Semalam Separa Kritiakal check up at hospital aminah( H1N1)


kejadiannya mcm ni, hari sabtu 15hb aug 2009 aku rasa x sedap batuk-batuk, batuknya tak henti2,aku dah pikir lain mcm je..mcm nak korek je tekak aku ni.Lepas tu time aku rasa x sedap pulak badan aku ni panas2 je dan pulak selesema. Aku pergi lah jumpa bos aku mintak surat medical checkup pada dia. Aku pergi kat klinik swasta mcm2 dia tnye pening di bt nya...

Aku ingat sakit aku cpt baik rupa2nya makin teruk, aku cll member aku mintak tolong dia hantarkan aku ke hospital aminah bt pemeriksaan.aku sampai je sana secara x langsung aku org yg di dahulukan masuk dulu. lame jgek kat wat 2 jam.nak tahu apa dia bt :

1) chaeck tekanan darah cepit jari : makin naik
2) check telinga : aku pun x tahu dia check apa suhu agaknya
3) kondisi badan panas.
4) Ambil darah

hari ni 17hb Aug 2009 aku nak mintak MC x tahan lah ni...nak pensan je ni...
Pada kawan2 doa kan kawan cepat baik ya...aku ni dah takut je...mn lah tahu aku kene H1N1.

15 Ogos 2009

PERLUMBAAN MOTOR CROSS 2009 AIR TAWAR 4 8.9 AUG 2009



Tgh setting taming motor... set KE-1 dpt NO 7 boleh lah .. biasa lah baru2 nak main motor..
aku nak setting mcm malas ...sbb motor aku ni x leh pergi.. tp yg rider nya hati kering x apa lah aku suppot adik aku..heee
nak tahu x No 278 tu apa?? jeng jeng itu NO umah aku heee .... mana lah tahu No 278 tu bawak bertuah ...

perlumbaan Ke-2. nak tahu x adik aku ni leh bt lawak pulak kat litar ni ..dia boleh pakai cover mata terbalik. semua org ketawa heee... tp x apa semangat nak berlumbakan emak aku pun suppot dia...



Yg ni sepupu aku main cup clasic boleh tahan ...dapat no 2 set pertama... dia telah memang beberapa perlumbaan.. tahun depan x main lagi dah dia pencen heee..

14 Ogos 2009

Pelakon & pelawak Param meninggal dunia


Pelakon dan pelawak veteran, Param Periaphanby, 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam nada sayu dan sedih, kakaknya, Sarah menceritakan tentang saat-saat bagaimana Param pergi.

“Dia meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital dan waktu itu dia sesak nafas.

“Dia akan disemadikan pada Ahad ini di Hindu Krematorium, Cheras,” kata Sarah yang sebelum ini menjaga Param.

Sarah juga terkilan kerana tidak sempat menghantar Param ke hospital setelah mendiang mengadu sesak nafas pada awal pagi tadi.

“Saya berasa sangat terkejut apabila dia meninggal setelah mengadu sakit. Waktu itu, kami tergesa-gesa menghantarnya ke hospital.

“Sebelum ini, dia dijaga oleh keluarga kami kerana dia tidak berkahwin dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.

“Dia sangat kuat semangat walaupun keadaan kesihatannya tidak baik,” ujar Sarah dalam nada teresak-esak yang mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk melawat mendiang Param di kediaman mereka di 7348, Jalan Ruby, Taman Setia, Gombak.

Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu.

Param kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 80an. Filem-filem lain yang turut dilakonkannya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Mendiang turut dikenali menerusi siri Hang Setia yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 80an.

Pelawak Param pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghidap penyakit jantung koronori dan telah menjalani operasi pintasan jantung tidak lama dulu.

Nama sebenar pelakon komedi veteran yang berasal dari Negeri Sembilan ini ialah P. Paramasivam.

Beliau bergiat cergas bersama pelawak komedi seangkatan dengannya seperti A.R Badul, Wazata Zain, Allahyarhamah Yusni Jaafar dan R. Jaafar.

Param adalah anak bongsu dari lima beradik, yang kesemuanya perempuan.

Mendiang Param memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.

Al-Fatihah atas pemergian Ustz Asri Rabbani

ALFATIHAH.....



Pemergian Ketua Kumpulan Nasyid Rabbani, Asri Ibrahim 40, yang meninggal dunia di hospital
pantai,di sini, kira-kira jan 11 pagi tadi kerana sakit jantung amat di rasai oleh semua percinta nasyid,
Almarhum di laporkan pengsan ketika mengendalikan Program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikerjakan ke hospital berkenaan.


Kini " Peti Suara Ummah " sudah pergi tidak kembali lagi menghapai illahi, Semoga Ruhnya tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.Amin..


PERGI TAK AKAN KEMABALI LAGI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat ...tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya ....

Berkongsi Maklumat H1N1


Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus


Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Anda Perlu Tahu


Asal virus ini
.

Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi Virus H1N1


Incubation period
yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat - lewatnya hari ke - 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan


Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru - paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.

Siapa Yang Berisiko


1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk

2. Perempuan mengandung

3. Orang yang ada astmatic

4. Orang - orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak -

kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan - golongan yang rendah tahap imuniti
contohnya HIV)


* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas
.


Simptom - Simpton


Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya

Day 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)

Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Day 4 Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera

Day 5 and > Lung collapse @ koma



Langkah - Langkah Kawalan


1. Golongan - golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)


2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran


3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'


4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)


5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika
terpaksa, pakai 'mask' (sekurang - kurangnya 3 ply mask)


6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.


7. Jika ada tanda - tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan


8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.


9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa - apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat - ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap

persekitaran badan yg telah mengambil ubat - ubat tersebut terlebih awal.


10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam
selewat - lewatnya pada 2010.


11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test

kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan
seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.


12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama - sama menghadapi outbrake ini. Sama -
samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.


Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan Malaysia Di Pan Pacific KLIA Pada 01.08.2009.

Ramadhan



Assalamualaikum ,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

10 Ogos 2009

Menjawab 6 Soalan

Menjawab 6 Soalan

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.