jauh perjalan yg aku ingin kan akhirnya dpt jgek alhamdulillah...
Skrg ni aku nak tumpukan kerjaya aku skrg ni...
siapa lagi nak kacau aku..nak kongkong aku...
hidup ni cume pada diri kita yg boleh lakukn dgn baik ...
dipos oleh : G-mie pade jam : 5:40 PTG 0 komen
label : sabar je la
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.....
Sempena Eidul-Fitri yg akan menjelang tak lama lagi ni, Saya ingin mengambil kesempatan diSini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya
Kepada kengkawan2,kakak2,adik2 dan semua yang ada dlm mailing list ni, tak kira la kita saling mengenali ataupun tidak.
Bagi yang mengenali,Jutaan ampun dan maaf juga diPinta seandainya ada kekhilafan,Keterlanjuran dan kesilapan sama ada sengaja ataupun sebaliknya dari pihak saya sepanjang perkenalan kita...Semoga lebaran ini terus mengeratkan silaturrahim dan memberi sejuta sinar kebahagian buat kita semua...
Tinggi sungguh terbang Rajawali,
Bintang di langit yang dicari,
Manusia di pagi Raya juga mencari,
Ampun maaf menyusun sepuluh jari
Salam Aidil Fitri from me.
Maaf Zahir dan Batin.


Seperti biasalah shah agih-agih duit raya kepada sahabat sekalian, tahun ni rezeki lebih sikit, so setiap sorang dapat RM100. JGN REBUT2.SUME DPT.
Selamat hari raya……
aku peminat anak-anak dewa heee...bulan 10 aku akan pergi kemedan,aku g sana dengan kawan2 biasa lah jumpa kawan2 disana sambil2 jalan2 cari makan, nasib baik murah nak g medan, dari Medan ke KL baru je RM75 + cas lagi agak2 100 lebih kot biasa lah first time nak naik fly hee..kita cte pulak pasal anak2 dewa ni, Member ckp dia ada bt show kat jokjakarta tu lah aku nak pergi sambil2 jalan.. x sabar pulak tunggu bulan 10 ni ..
Pelakon dan pelawak veteran, Param Periaphanby, 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam nada sayu dan sedih, kakaknya, Sarah menceritakan tentang saat-saat bagaimana Param pergi.
“Dia meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital dan waktu itu dia sesak nafas.
“Dia akan disemadikan pada Ahad ini di Hindu Krematorium, Cheras,” kata Sarah yang sebelum ini menjaga Param.
Sarah juga terkilan kerana tidak sempat menghantar Param ke hospital setelah mendiang mengadu sesak nafas pada awal pagi tadi.
“Saya berasa sangat terkejut apabila dia meninggal setelah mengadu sakit. Waktu itu, kami tergesa-gesa menghantarnya ke hospital.
“Sebelum ini, dia dijaga oleh keluarga kami kerana dia tidak berkahwin dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda.
“Dia sangat kuat semangat walaupun keadaan kesihatannya tidak baik,” ujar Sarah dalam nada teresak-esak yang mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk melawat mendiang Param di kediaman mereka di 7348, Jalan Ruby, Taman Setia, Gombak.
Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu.
Param kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 80an. Filem-filem lain yang turut dilakonkannya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.
Mendiang turut dikenali menerusi siri Hang Setia yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 80an.
Pelawak Param pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghidap penyakit jantung koronori dan telah menjalani operasi pintasan jantung tidak lama dulu.
Nama sebenar pelakon komedi veteran yang berasal dari Negeri Sembilan ini ialah P. Paramasivam.
Beliau bergiat cergas bersama pelawak komedi seangkatan dengannya seperti A.R Badul, Wazata Zain, Allahyarhamah Yusni Jaafar dan R. Jaafar.
Param adalah anak bongsu dari lima beradik, yang kesemuanya perempuan.
Mendiang Param memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.
ALFATIHAH.....
Pemergian Ketua Kumpulan Nasyid Rabbani, Asri Ibrahim 40, yang meninggal dunia di hospital
pantai,di sini, kira-kira jan 11 pagi tadi kerana sakit jantung amat di rasai oleh semua percinta nasyid,
Almarhum di laporkan pengsan ketika mengendalikan Program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikerjakan ke hospital berkenaan.
Kini " Peti Suara Ummah " sudah pergi tidak kembali lagi menghapai illahi, Semoga Ruhnya tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.Amin..

Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa Yang Anda Perlu Tahu
Asal virus ini.
Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di
Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat - lewatnya hari ke - 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika t idak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru - paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.
Siapa Yang Berisiko
1. Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada astmatic
4. Orang - orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak -
kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan - golongan yang rendah tahap imuniti
contohnya HIV)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas.
Simptom - Simpton
Day 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > Lung collapse @ koma
Langkah - Langkah Kawalan
1. Golongan - golongan yang berisiko, elakakan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada
terpaksa, pakai 'mask' (sekurang - kurangnya 3 ply mask)
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda - tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa - apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat - ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap
persekitaran badan yg telah mengambil ubat - ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal - awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam
selewat - lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di
kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan
seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama - sama menghadapi outbrake ini. Sama -
samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.
Ini Adalah Sumber Dari Taklimat H1N1 Oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit Dari Kementerian Kesihatan