24 Mac 2009

TEMPAT-TEMPAT PERLANCONGAN DI KOTA TINGGI






Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terkenal dengan destinasi pelancongannya yang popular bukan sahaja di Negeri Johor dan Malaysia , malah di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia . Di sinilah tempat bermulanya sejarah Kesultanan Melayu Johor. Sungai Johor yang mengalir di sepanjang bandar ini banyak menyimpan sejarah zaman Kegemilangan Johor Lama. Terdapat banyak bekas tapak peninggalan sejarah pemerintahan Kerajaan Johor Lama yang ada di sini seperti makam-makam lama dan kota-kota lama. Para pelancong masih berpeluang untuk melawat tempat-tempat bersejarah ini. Disebabkan daerah ini kaya dengan peninggalan warisan sejarah, maka dengan sebab ini la Kota Tinggi dikenali dengan nama 'Daerah Pelancongan Bersejarah'

Selain daripada itu, Kota Tinggi juga kaya dengan pantai yang cantik dan bersih seperti pantai Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan sebagainya. Pantai-pantai ini sering menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri. Terdapat kemudahan penginapan bagi pengunjung yang ingin bermalam dan menghabiskan masa cuti di sini.

Pelbagai usaha sentiasa dijalankan untuk menjadikan Kota Tinggi sebagai destinasi pilihan pelancong.


best tempat2 perlancongan yang sungguh indah dan menarik ..

bnyak aktiviti yang boleh kita laku time masa cuti.........

Jom Melancong.


0 komen: